Posts

Showing posts from December, 2025

Jangan Percaya Novel Ini Dari Sinopsis: Sayang Yang Tak Terungkap oleh Muharikah

Aku dah lama nak baca novel Sayang yang Tak Terungkap (SYTT) ni tau. Sebab aku suka dengan novel yang ada unsur medik. Drama Korea bertajuk Dr Romantic, siapa pernah tengok - meh angkat tangan. Begitulah betapa berminatnya aku dengan dunia medik. Ironinya, aku bukan seorang doktor. Walaupun ijazah yang aku ambil ada perkataan "perubatan" dibelakangnya.  Baiklah, cukuplah mengenai diriku. Novel SYTT cetakan kedua belas ini berjaya aku habiskan baca 7 hari bersamaan seminggu. Awalnya aku baca sekejap-sekejap, tapi ketika 2 hari yang terakhir aku marathon  habiskan bacaan bermula dari page suku depan sampai habis. Kalau aku konsisten dengan pembacaan dari awal, mungkin hanya ambil masa sekitar 2 hari sahaja untuk tamatkan novel setebal halaman 487 muka surat ini. Dikatakan novel ini adalah revamped daripada 3 novel asalnya iaitu Stigma, Karma dan Dilema. Pada awalnya aku mahu ulas dengan nada tidak berpuas hati dengan sesetengah penceritaan daripada jalan ceritnya. Namun, setela...