Aku dah lama nak baca novel Sayang yang Tak Terungkap (SYTT) ni tau. Sebab aku suka dengan novel yang ada unsur medik. Drama Korea bertajuk Dr Romantic, siapa pernah tengok - meh angkat tangan. Begitulah betapa berminatnya aku dengan dunia medik. Ironinya, aku bukan seorang doktor. Walaupun ijazah yang aku ambil ada perkataan "perubatan" dibelakangnya.
Baiklah, cukuplah mengenai diriku.
Novel SYTT cetakan kedua belas ini berjaya aku habiskan baca 7 hari bersamaan seminggu. Awalnya aku baca sekejap-sekejap, tapi ketika 2 hari yang terakhir aku marathon habiskan bacaan bermula dari page suku depan sampai habis. Kalau aku konsisten dengan pembacaan dari awal, mungkin hanya ambil masa sekitar 2 hari sahaja untuk tamatkan novel setebal halaman 487 muka surat ini.
Dikatakan novel ini adalah revamped daripada 3 novel asalnya iaitu Stigma, Karma dan Dilema. Pada awalnya aku mahu ulas dengan nada tidak berpuas hati dengan sesetengah penceritaan daripada jalan ceritnya. Namun, setelah di renung dan melakukan sedikit pembacaan - nampak gayanya aku perlu membeli 3 novel itu atau mungkin yang bertajuk Dilema itu sahaja kerana mengandungi sambungan daripada ending SYTT ini. Tetapi, jika mahu korek dengan lebih dalam lagi supaya tahu kisah yang terperinci, wajib baca ketiga-tiganya sekali! *tangan dah gatal nak add to cart ni xD*
Tanpa membuang masa, marilah aku ceritakan mengenai SYTT oleh Muharikah supaya kalian boleh membuat pertimbangan untuk membacanya. Dan untuk yang telah baca, bolehlah kita kongsi pendapat di ruangan komen!
Sinopsis Sayang Yang Tak Terungkap - Cerita Pasal Apa SEBENARNYA
Aku percaya, jika inti sebenar yang mewujudkan jalan cerita SYTT dikongsikan secara terang-terangan dekat bahagian sinopsis, tak ramai yang akan ambil dan baca novel ini - termasuklah aku. Secara jujur, aku pilih novel ini bukan kerana jalan ceritanya. Kalau ikutkan, aku expect ianya hanyalah kisah cinta yang klise but actually it is not! Seperti yang aku beritahu di awal post, I choose this novel because aku suka dunia medik, that's all. Sebagai seorang Ibu, aku sendiri takkan approve kalau anak aku nak baca novel ini if I JUST read the snippet dari sinopsisNYA sahaja.
Jadi, aku merasakan bahawa tindakan penerbit atau penulis atau whoever yang decide not to reveal the main issues dalam sinopsis adalah sebuah tindakan yang brilliant! Walaubagaimanapun, sebagai seorang Ibu, aku akan beri sedikit pencerahan kepada diorang dulu if diorang ambil SYTT ini dari rak buku aku untuk di baca. Nak plak anak aku macam aku, jenis suka medik - so tendency untuk dia baca novel ini suatu masa nanti, sangat tinggi. Alhamdulillah, I am glad that I read it first before her.
Here's the synopsis...
SYTT menceritakan tentang kisah seorang doktor yang bernama Iman Syahirah. Dia mempunyai masa silam tersendiri yang begitu mengaibkan bagi dirinya sekiranya orang lain tahu mengenainya. Dr Iman ialah seorang doktor pakar yang bertugas dalam bidang penyakit berjangkit. Dia banyak berhadapan dengan pesakit HIV.
Dr Iman bertugas bersama seorang medical officer (MO) yang bernama Faris. Umur diorang tak jauh beza sangat. Ke sebaya ek? Entahlah, aku pun tak boleh nak recall. Tapi macam lebih kuranglah. Lingkungan umur mereka 30-35 tahun.
In between kehidupan sebagai seorang doktor, Iman berjumpa dengan seseorang yang bernama Aleph. Dia suka si Aleph ni. Tapi dia tak boleh nak bersama dengan Aleph atas sebab-sebab yang sangat munasabah. Dalam situasi yang sangat struggle untuk nak larikan diri daripada Aleph, one day si Faris tu melamar dia. So, dia rasa itu peluang untuk melarikan diri daripada Aleph.
Persoalannya di sini, adakah Iman berjaya menjadikan perkahwinan dengan Faris itu sebagai jalan keluar daripada keaiban masa silam yang dia mahu kambus itu? Nak pulak apabila Faris tak seperti yang diharapkan, once Iman cuba mendekatinya. Pada Iman, mungkinkah ini semua balasan atas dosa-dosa yang pernah dia buat suatu ketika dulu? Dan adakah pada akhirnya, adakah masing-masing bahagia bersama pilihannya?
Macam mana? Curious tak nak tahu dosa si Iman tu sampai dia 'merana' begitu sekali? Hmmmm.
Ulasan Lengkap SYTT
Penulis cuba untuk mengetengahkan tentang ujian kehidupan yang jarang mendapat perhatian umum. Terlalu jarang masyarakat pilih untuk memahami tentang ujian ini. Kebanyakan, pilih untuk menghakimi tanpa empati sebelum bertanya.
Aku suka dengan cara penulis cuba menyentuh individu yang terlibat dalam kalangan pembaca (seandainya ada). Penulis sangat memahami individu sebegitu memandangkan beliau sendiri merupakan seorang doktor yang menurut apa yang aku maklum, pernah atau sering berhadapan dengan individu yang melalui ujian itu.
Ada 2 point of view (POV) yang penulis bawa kepada pembaca.
i. Sekiranya pembaca mengalami ujian kehidupan itu, penulis menunjukkan jalan keluar daripadanya. Dengan syarat pembaca sendiri mahu berubah. Yes, the struggle is real. REALLY REAL. Hanya yang mengalami je akan mengerti. Namun begitu, Allah takkan ubah nasib seseorang manusia, MELAINKAN manusia itu sendiri yang mahu berubah.
ii. Sebaliknya, jika pembaca tidak pernah di uji dengan perkara sebegitu, penulis mahu agar pembaca jangan menghakimi mereka yang berhadapan dengan ujian tersebut. Pada akhirnya, pengakhiran kehidupan seseorang adalah lebih penting. Boleh jadi, orang yang kita nampak banyak dosanya kerana aib yang tersingkap - tetapi dia la orang yang sempat bertaubat dan Allah terima taubatnya yang membawa kepada kematian khusnul khatimah - pengakhiran yang baik.
Bahasa yang digunakan penulis mudah untuk difahami melainkan terma medik. Syukur kerana di bawah certain terms yang penulis guna, diletakkan nota yang explain about that term. Kalau tak, kenalah pembaca asyik buka Google nak tau pasal that term. Ayat-ayatnya ringkas tetapi penuh dengan makna.
Secara asasnya, nilai yang cuba di bawa penulis ialah:
- Pencarian diri
- Psikologi dan trauma terutama sekali ketika masa kecil dan remaja
- Perjalanan spiritual dalam menuju Tuhan
- Cara menghadapi kehilangan orang yang disayangi tanpa mengorbankan diri sendiri
- Definisi sebenar cinta yang tidak melemaskan jiwa
- Peranan keluarga dalam membentuk peribadi anak-anak
- Jujur terhadap diri sendiri
- Pertumbuhan emosi
- Kesunyian dalam hubungan
- Takdir dan ketentuan Allah
- Konflik dalaman
Plotnya bergerak laju, tapi tetap kemas dan tak serabut. Takde la plot twist sangat pun. Kalian boleh agak the 'twist'. Walaupun ada bahagian yang tak diceritakan dengan detail - yang mana aku yakin bahawa untuk tahu dengan terperinci for certain part, we need add to cart trilogi asal dia: Stigma, Karma dan Dilema itu.
Penulis menggabungkan elemen deskriptif dan dialog tapi pendapat aku - banyak dialog. Ada monolog sekali. Selain itu, kalian boleh bayangkan that scene kalau penulis cuba mendeskripsikannya and at some point it can triggered. This novel bukan diceritakan oleh orang ketiga. Instead, ianya adalah naratif yang diperlihatkan oleh first person.
However, I still rasa yang penulis masih teragak-agak untuk menjadi TERLALU deskriptif kerana isu yang penulis cuba bawa adalah SANGAT sensitif! Gaya penulisan SYTT sarat dengan simbolisme yang tetap grounded. Banyak sentuhan islamik but not too much. Kalian takkan rasa macam kena bebel dengan ustaz atau ustazah ya walaupun Iman tu digambarkan sebagai seorang muslimah!
Struktur yang digunakan penulis adalah tidak linear. Sekejap kalian akan berada di masa sekarang, sekejap nanti wataknya akan buat flashback. Walaupun di awal bab, penulis ada nyatakan situasi atau di mana dan bila watak berada, but di tengah bab kalian akan di bawa untuk throwback certain part. So, it is wise if kalian baca novel ini dalam keadaan yang fokus dan tidak buat kerja lain. Kalau tak jadi macam aku, kejap kang aku pening ehhh ni kat mana ni, ehhh, ohhh haaa. Macam puzzle, hehe.
Penulis bijak menjadikan pembaca untuk rasa emosi yang roller coaster. Geram, menyampah, sedih dan rasa nak marah serta kesian. For me, Iman tu kadang berlagak pun ada. Dia buat macamlah pasangan dia je yang ada dosa silam. Sedangkan tak adil untuk pasangannya tidak tahu bahawa dia sendiri ada masa silam.
Iman paksa pasangannya untuk expose diri, tapi dia takde plak try to reveal yang dia pun ada that kind of problem. Menyampah jugaklah yang part ni. Iman tu holier than thou. Apa kata dia expose, manalah tau pasangan dia akan open dengan dia sebab nampak Iman tu ada masalah yang sama dengan dia?
Selain itu, geram bila Iman ni macam struggle nak berubah tapi waktu pasangan dia perlukan dia - eh boleh pulak dia almost nak kembali? Jadi maksudnya dekat sini, aku kena juga beli novel Dilema tu, maybe kegeraman aku pada Iman akan reda and aku akan lebih memahami dia? Whatever it is, watak Iman tu macam talam dua muka pun ada.
Kekurangan Novel SYTT
Aku cadangkan agar novel ini diletakkan label untuk pembaca matang walaupun aku baru je puji kat atas tadi cakap idea untuk menyembunyikan isu asal adalah sangat bijak! Sebab, pembaca dari penerbit IMAN kebanyakan adalah mereka yang masih remaja. So I guess it is wise if they letak label tu.
Seterusnya, letak galakan kepada pembaca untuk baca Stigma, Karma dan Dilema. Kalau tak mesti ada yang mengamuk. Ada banyak bahagian cerita yang unsettled. Macam tergantung. Aleph tu pun habis macam tu je. Aku pun tertanya-tanya cerita lengkap yang menyebabkan Iman boleh jadi macam tu based on trauma experience dia. Letakkan di bahagian depan atau belakang untuk galakkan pembaca yang berminat untuk 3 naskhah itu.
Siapa Sesuai Baca Sayang yang Tak Terungkap
Aku akan cadangkan novel ini untuk kalian yang:
- Suka bidang medik
- Minat medical jargon
- Sedang dalam perjalanan mencari erti cinta
- Mahu mendalami isu berkaitan HIV
- Pembaca yang suka kisah cinta lembut, matang dan berprinsip
- Sesiapa yang suka kisah psikologi ringan
- Suka novel Islamik yang tidak preaching
Secara kesimpulannya, aku rate novel ini dengan 5 bintang!
RATING SUARA KERTAS UNTUK SAYANG YANG TAK TERUNGKAP OLEH MUHARIKAH: ⭐⭐⭐⭐⭐
Kalau kalian rasa suka dengan
vibe novel ini, boleh dapatkan novel ini melalui
ini. Pembelian dari
link ini sangat membantu aku untuk terus berkongsi ulasan buku seperti ini. Terima kasih untuk sokongan kalian.
Comments
Post a Comment